Pemberitahuan

Ini adalah blog list kawan-kawan ibu si fatin.http://alek-tinie-fatin.blogspot.com
harap maklum

Monday, September 26, 2011

lunch hari ini



yer maggie
almaklumlah kan hujung-hujung bulan ni hehehe
eh tak tak
sebenarnya dah boring makan rendang hahaha (alasan)
sebenarnya kan sebenarnya kan (ni betul2)
nandos nak datang opis petang ni yeahhhhh
makan freee
thank you la yer dayat murah la rezeki ko nanti
jadi adik ipar aku nak? hikhikhikhik



puan tinie and cik sue

Wednesday, September 14, 2011

Worldless Wednesday



yer
macam malas nak cerita
tapi nak cerita gak

hati mana yang tak sakit kalau dah siap2 nak g keja
and bila tengok motor
tayar dah di curi

tahniah la wahai si pencuri
semoga ko bahagia dengan kerja mu sekarang
hmmmm
wordless
ko memeng menyusahkan
bukan setakat nak kena beli tayar baru
tapi kena ambik cuti jugak
MONYONG



ni budak busuk ikut gak g beli tayar hehe
dengan rasa bersalah aku pun ambik emergency leave
sekian

Thursday, August 25, 2011

hari terakhir



hari-hari terakhir di ofis
bosan oh
ramai staff dah cuti
sunyi sepi jer ofis ni
hmmmm

baju raya saya sekeluarga dah siap-semalam :)
tema grey
termasuk baby najwa pun pakai baju kurung grey
comel :)

kuih muih pun dah settle
ada 10 jenis biskut
2 jenis jer yang ai buat sendiri
almond london and biskut corn flakes
insyaalahh tahun depan semua biskut ai nak buat sendiri
hihihihi

tahun ni tak tukar langsir
tahun depan kut
insyaallah tahun depan dah pindah rumah bawah :)
i likeeeee
tak sabar tunggu masa tu
tapi raya tahun depan my turn
so kami sekeluarga akan beraya di sabah
yeah...tak sabar tak sabar
end of this year beli tiket kapal terbang awal2
murah and jimat sikit

oklah, sempena bulan baik ni, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata, kekasaran bahasa pada saper2 yang terasa ok. jemputlah datang ke rumah saya raya nanti :)

interframe jugak pompuan gomok ni hikhik

Friday, March 18, 2011

5 weeks to go



* Minggu 35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.


Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet.
Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Tuesday, February 15, 2011

akok kedut

akhirnya...akhirnya
akhirnya setelah hampir 7 bulan aku mengandung, aku jumpa gak akok ni kat pasar malam jalan kucing. puasssssss hatiiiiiiiiiiii
semoga anak dalam perut tidak mengidam lagi. hehehehe. lama gila cari akok ni, siap pesan2 ngan orang yang balik kelantan la, dengan anak bos la, dengan driver la, dengan kawan2 yang selalu pegi pasar malam. tapi tak berjaya..maksudnya bukan dorang taknak beli tapi memang susah nak dapat. hehehe. now ai dah puas hati :)

ok ni bahan-bahan and cara2 nak buat akok yer. walaupun rupanya tak comel tapi rasanya sangat sedap.

Tuesday, January 11, 2011

saya sudah mengandung 25 weeks ++

* Minggu 25
Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.
sumber majalah pa&ma

walaupun ai dah mengandung hampir 6 bulan tapi perut ai kecik sajok yer :) hihihi betul betul. banyak orang cakap bukan aku yang cakap. pregnant kali ni ai sidikit kurus berbanding mengandungkan Fatin hari tu. adakah faktor stress? oh tidak tidak, ai tidak stress. mungkin faktor selalu nak kuruskan badan sebelum peregnant lagi. berat? sekarang ialah 56kg. ekekekeke
baby pun macam kecik jer. kalau scan berat baby adalah kurang 2 weeks daripada berat ikut umur. haihhhhhh.
jantina? jeng jeng jeng banyak orang cakap tengok perut 'macam' baby boy tapi bila scan time 20 weeks hari tu, doktor cakap "maybe" girl sebab dia tak nampak testis. hihihihi apapun jantina, aku terima seadanya dengan rasa syukur :) yang penting anak sihat dan sempurna. insyaallah.
now, rasa macam baby tersangat aktif. suka tendang2 oh. terutamanya time aku baring. 2 hari yang lepas time baring2 aku cakaplah kat fatin, "adik janganlah tendang ibu" sambil pandang fatin. dengan tak kusangka, sepantas kilat fatin tendang perut dengan tapak kaki dia sambil cakap " adik! kenapa tendang ibu fatin??!!!!" huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa fengsan. nak nangis pun ado
semalam, jalan2 kat SOGO best betul tengok baju2 baby. tapi macam tak bersemangat sangat nak beli sebab tak confirm lagi jantina baby. nantilah, dah 7 bulan nanti beli sikit2. hihihihi. tata
macam biasa tetiba the end.