Pemberitahuan

Ini adalah blog list kawan-kawan ibu si fatin.http://alek-tinie-fatin.blogspot.com
harap maklum

Sunday, October 24, 2010

aktiviti sekarang

kat opis adalah sangat bz. sampaikan tade mase ko nak makan or minum. nak kentut pun curi2. hahahaha tipu

nak cerita lagi pasal aku yang dah masuk kategori makyong ni. perut adalah buncit sedikit, ala.. baru 3 bulan, baby telah menampakkan dirinya. tak sabar betul tau..ibu nak pakai kebaya time kakak tunang pun dah tak cun. ecece. ada hati tu. takperla, kakak (sil) tunang nanti aku pakai jubah sajok, boleh cover line kan kan kan.

selera makan adalah menurun sedikit. kadang2 menurung banyak. kadang2 sehari taknak makan nasi. :( kadang2 makan banyak lepas tu uwek uwek. hmmmm tader makna la kan. tapi mungkin bulan depan dah ok kut.

yang tak bestnya time aku pregnant ni aku sangat la suka mengantuk. kat opis, jam 11 pagi wajib tido ko. huhu. kalau bos non ado, ok lah kan, kalau bos ado, lima belas kali la ko pegi toilet untuk hilangkan mengantuk. tapi aku, kalau tak dapat tido, pening terus sampai ke petang sampai ke malam. lepas tu terus hilang mood. terus tak lalu makan. terus rasa nak bagi penampar kat orang yang suka menyakitkan hati. hehehe

tapi kan sebenarnya aku ni sensitif tau. kadang2 benda kecik aku boleh fikir besar2 maknanya aku boleh fikir sampai aku menyampah dan menyumpah2 orang. huhu. sabar2. tak baik oi nanti anak dalam perut suka buat perangai macam tu.... hmmmmmmm

apa lagi nak cerita eh. oh yer, 2 hari yang lepas aku tak masuk kj. el la. ni sebab mangkuk hayun mana ntah pegi curi spare part motor laki aku sampai motor tu tak boleh start. ntah apa nama minatang tu, ai tak tau. tap habis gak dalam 300 nak replace kan baru. hmmmm. mula2 nak keja gak naik keta, tapi dh sejam pun masih kat jalan kuching jalan jem nak mampus , jam berapa agak2 aku nak sampai bandar tun razak kan. so penyakit malas pun datang. sms sue, terus bgtau ai amik el.

sampai rumah yang tak boleh tahan tu fatin buat2 terkejut and tanya aku " kenapa ibu tak keja bu?" belum sempat aku jawab dia dah jawab " ibu malas la ni"... heiii aku sekeh jugak budak ni. hehehe.

oklah tu jer nak stori mori.

tata