Pemberitahuan

Ini adalah blog list kawan-kawan ibu si fatin.http://alek-tinie-fatin.blogspot.com
harap maklum

Friday, August 20, 2010

Susu ibu tidak akan kering

UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.
"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.
"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.
Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Thursday, August 19, 2010

sahur ke 11

salam :)

pagi ni sahur ayam panggang. gigih my mil & fil memanggang ayam di awal pagi, menantu buat tahi mata. dah ready smua baru kena kejut. hehehhe, ni mesti balas dendam sebab sahur semalam tak sempat kan, makan nasi + sup telur sajok. apa pun, ayam panggang memang sedap terbaik dari ladang. gambar tak boleh ambik almaklumla baru bangun kan, tahi mata pun masih bersepah-sepah. auch!

macamna puasa uol adakah masih full? heheh me too :) harap2 full. so kalau full it means me sudah pregnant. oh apakah! actualy my peod pun sudah lewat 1 week tapi takmo check up lagi. takut kecewa ma. so, tunggu la hujung bulan ni. insyaallah :)

ok la. hari ni sudah jumaat. kalau bukan bulan puasa, mesti sudah rancang nak makan sedap2 lunch time kat mana. hehe ni time puasa. membuta la jawabnya. nak pegi shopping gaji ilek. huhu

tata

Wednesday, August 18, 2010

puasa ke-9

salam uol :)

pagi ni makan sahur ala kadar jer. sup telur. bangun dah agak lewat, nak goreng ayam macam dah lambat so bedal jer apa yang ada.

yang tak best pagi ni takder air :(
sangat tak best ok.
jangan ingat aku pi opis tak mandi pulak. MANDI!!! hehehehe. guna air mineral. satu botol besar bagi 2 ngan mr alek. mandi kah namanya itu? hukhuk yang penting muka basuh bersih2 supaya kesan tak mandi itu kelihatan. auch! dah pakai minyak wangi setengah botol tadi. hahahahha

Tuesday, August 17, 2010

puasa ke-8


morning...

sedar tak sedar dah puasa ke-8 hari ni kan? alhamdulillah puasaku masih full dan mungkin akan full sebulan. ekekeke. InsyaAllah.

pagi ni sahur sup tulang dan telur dadar. hambik ko! sahur makan yang heavy-heavy. oh yer baru seminggu puasa, berat badan telah naik 2kg. hukhuk. kalau sebulan???? 8kg? oh tidak!!!! tapi memang tidak dinafikan, bulan puasa ni nafsu makan naik secara mendadak. semua benda nak makan. beli kat bazar ramadhan banyak giler pastu makan kasi habis, jangan membazir orang tua-tua cakap. hahahaha

my blog list

my bloglist